11 Nov 2012

Permata Pertama.

Pepatah Melayu ada mengatakan, " Melentur buluh, biarlah dari rebungnya."

Amboi! Intro pun sudah macham karangan kertas satu Bahasa Melayu. Biasalah. Demam SPM. Doakan saya ya kawan kawan. *ahem*

Cuti yang panjang betul-betul membuatkan diri semakin rajin melawat laman sosial biru tua dan biru muda itu. Muka buku dan apa tu? Penciap? (Rujuk balik Google translate)

Bahasa fofular nya Facebook dan twitter. Tapi entah kenapa jemari ini lebih suka menari dan terlebih gembira acapkali melawat twitter. Baru-baru ini,ada seorang anak gadis berusia 14 tahun yang dahulu pernah menjadi finalis dalam sebuah program realiti kanak-kanak. Agak fofular juga rasanya. Idola Kecil. Tahu tak? Tidak? Itulah.Heh, samalah kita. Anyway, beliau kata sudah hampir 5 tahun meninggalkan program itu. Rindu rasanya. Kata sang peminat, beliau cantik, semakin dewasa semakin cantik. Rambutnya, wajahnya. Mengusik hati sang Adam, mulalah keluarkan ayat-ayat semanis gula-gula kapas, tanpa menyedari bahawa pakaian dalam masih ditaja oleh Pa dan Ma. 

Bukan. Ini bukan cerita mengaibkan. Hamboi. Cerita pasal orang saja laju nak baca. Bukanlah. Cuma hati rasa resah. Belai baru 14 tahun. Tapi tanya sahaja fasal make-up, pewarna rambut, artis itu, artis ini, crush sana, crush sini. Dari mana dia belajar semua ni? Ibu bapa? Agak mustahil, tapi boleh jadi. Ataupun, program tu? Program apa? Program tuuuu *muncungkan mulut*

Lihat keadaan sekarang. Bagaimana keadaan remaja kita. Kes "5 days mc" kalau ada yang tahu. Kes "cem*l*t di tepi jalan" dalam youtube. Kes "blog erotik". Kes buang anak. Kes zina. Kita lihat. Kita sedih. Kita risau. Tapi , apa tindakan kita? Remaja itu asalnya dari apa? Mereka tidak akan lahir terus-terus menjadi remaja. Kan? Harusnya jadi apa? Jadi anak-anak kecil. Kan? Okey kenapa tiba-tiba keluar slang Indonesia pulak. So anyway, ya. Cuba buka rancangan di televisyen. Rancangan untuk kanak-kanak bagaimana? Idola Kecil, Tom-tom Bak, Superstars, Kids Award. Ya. Diri ini tahu. Kenapa? Sebab media kita dipenuhi benda-benda ini. Kita tidak akan dapat lari. Inilah perkara yang berada di sekeliling kita. 

Ya, kita perlu mengawal diri. Bimbing diri. Tapi, anak-anak kecil itu, tahukah mereka apa ertinya mengawal diri? Membimbing diri? Jaman anda kanak-kanak dahulu. Ibu anda kata, "Pele, jangan kau mandi sungai sanaaaa." Terus anda kata, "pandai juga aku jaga diri aku makkk." Tapi betul kah anda pandai jaga diri? Ibu anda bawa ke kedai runcit Cina kudung (serius kedai ni ada. Di Sabindo, Sabah) dan berpesan dari awal, "Jangan macam-macam. Masuk kedai jak, jangan mengada mau beli itu ini." Anda kononnya akur. Tapi setelah diri itu masuk ke dalam kedai runcit ada ais krim, coklat, Keropok, Tora-tora segala. Mampukah anda kawal diri? Bimbing diri dan kata "Ugou, jangannn. Mama sudah pesan kan jangan mengada." Ketika umur 5 tahun? Tidak mungkin. Kita semua pernah berada di fasa itu dan semestinya kita tahu :)

Kenapa anak-anak kecil itu dididik untuk mencintai hiburan? Diajar untuk menyanyi, mengejar bakat kononnya yang cantik suara, pandai berlakon, pandai dalam peragaan, dan sebagainya. Nanti bila anak-anak itu menolak untuk belajar, marah. Di mana silapnya? Acuan kita kah? Mungkin kita terasa "ah, aku lambat lagi ada anak". Tidak. Adik-adik anda? Anak buah anda?

Anak-anak kecil lah permata kita. Permata yang pertama sekali. Kalau salah acuannya, salah lah semua. Kalau betul dan cantik acuannya, cantiklah hasilnya. Bukannya tidak boleh diubah. Boleh. Tapi kan lebih baik mencegah daripada mengubati? Mungkin ada yang berbalah, kata tidak semestinya kalau kecil warak, sudah besar akan terus jadi begitu. Jangan mudah mengalah. Belum cuba apa-apa lagi sudah menghukum. Didik sahaja sebaiknya. Sudah besar nanti, kalau dia tersalah jalan, anda telah melakukan yang terbaik. Hal itu adalah urusan dia dan Dia sahaja. Itu lain cerita. Kita anggap sebagai ujian buat kita, dan ujian terbesar buatnya.

Mata lagi sedap dan hati jadi seronok bila tengok Program Adik-adikku di RTM Tv1. Mendidik dan mentarbiyah anak-anak kecil itu menyelami jiwa muslim sebenar. Melahirkan Pendakwah cilik. Menyemai semangat jihad itu. Bagaimana berhadapan dengan orang ramai, siapa tokoh sebenar, apa panduan yang utama. Bukannya dengan cara "terimakasih peminat" tetapi dengan cara "terima kasih murabbi, terima kasih Ya Rabbi". Biar mereka kenal siapa "Muhammad bin Abdullah" sebelum mereka kenal siapa "Justin Bieber". Biar mereka kenal, fasih dan lancar membaca bait-bait surah Yaasin tanpa merujuk al Quran, sebelum mereka lantang menyanyikan lagu "Sudah cukup sudah". Biar mereka tahu apa itu erti mulia di sisi Allah dan manusia, sebelum terjatuh menjadi mulia di sisi manusia, hina di sisi Allah. Anak-anak itu suci. Lenturlah sebaiknya. Coraklah seindahnya. Seindah nama mereka :)

Percayalah, setiap kebaikan yang mereka lakukan hasilnya daripada acuan kita, akan ada saham nya di akhirat, yang akan dinilai seadil-adilnya <3

nota kaki :: teringat lagu ni, 

Tidak rugi kita berakhlak mulia
Malah Allah lebih-lebih lagi suka
beramal sopan kita sentiasa
Moga mendapat keredhaan Nya
Keredhaan Nyaaa

(kalau ada tersalah lirik, maafkanlah hamba)

No comments:

Pages

About