14 Nov 2012

Hijrah 2.0

Tentunya tipikal dan klise tulis entri pasal hijrah waktu tahun baru Hijrah. Then again, a reminder every now and then -- no matter how cliche it is -- is surely important.

Beberapa minggu kebelakangan ini aku rasa kosong tapi pada masa yang sama juga aku rasa berserabut. Hidup ini macam penuh dengan tanggungjawab, penuh dengan perkara yang perlu aku lakukan, penuh dengan karenah, penuh dengan manusia yang tidak mampu faham maksud kerja berkumpulan.


Dalam keserabutan itu juga aku sedar bahawa hidup ini penuh dengan ujian, supaya kita semua sedar dan tunduk -- agar masuk semula ke landasan yang sebenar.


Dalam keserabutan itu juga ada insan yang mengingatkan aku untuk perbaiki niat dalam setiap perkara, untuk sentiasa mengingati Dia -- Allahu Rabbi.


Maka, dalam keserabutan dan kekosongan itu juga, aku cuba bangkit dan melakukan hijrah: Kekosongan diisi dengan kecintaan mendalam terhadap Ilahi, keserabutan dileraikan dengan ketenangan jiwa yang tunduk dan patuh.


Hijrah 2.0 namanya.


Hijrah demi menundukkan nafs-nafs yang bergelumang dalam jiwa. Hijrah demi mengutuhkan iman dan takwa. Hijrah demi bergerak ke arah mardhatillah.


-- atas meja, bilik kawan. UKM.

No comments:

Pages

About