7 Dec 2012

Individualiti Membunuh


Percaya atau tidak, frasa jaga tepi kain orang kadangkala perlu. Ada orang cakap, “mind your own business” . Ada frasa yang lebih pemes such as “mati kubur lain-lain”. Kerasnya sikap individualiti ni. Sampai boleh membunuh. Kalau individualiti ni dizahirkan jadi manusia, memang dia la yang rasmi mati mandatori.

Pernah dengar kes budak kecil yang mati di China. Alaa yang kena langgar tu tp orang semua buat dek. Takkan tak tau world news kot. :D Dalam story tu, paling berperikemanusiaan pun acik tua yg hujung2 tu alih budak kecik tu ke tepi jalan untuk mengelakkan dilanggar lagi dan lagi. Ada abang motor lalu, amboi siap elak lagi budak tu. Kes lambat nak pegi merempit la tu. Ada brader2 lalu pun jeling2 then trus jalan. Bini nunggu kat umah ye bang?

Siapa kata individualiti itu tidak membunuh?

Di Malaysia pun sikap ini sudah berasmaradana dan membiak dengan pantas.
Berjiran lebih 10 tahun tapi tidak pernah bersua muka atau lebih dasat, tidak pernah kenal pun.

Individualiti, Kawan sekelas eksiden di depan mata tapi esok ada test so pass dekat kawan lain yang buat amal jariah. Asalkan pointer aku comel xkesah la pasal orang lain.

Tinggal serumah dengan orang lain, housemate angkat barang gedabak2, dia lalu ja macam housemate dia ni invisible.

Yup, memang betul sekarang ni lebih banyak ”benda penting” yang perlu kita kejar and perlu kita cari. Tapi pernah terfikir? Kalaulah satu hari nanti apa yang diuji di Gaza, Afghanistan, Iraq ataupun di Burma. Thailand. Kalaulah Allah s.w.t jatuhkan ujian sebesar itu pada Malaysia. Dengan sikap individualiti kubur masing-masing, mampu Malaysia bertahan?

Ujian mereka dihunus belati tajam di tulang belikat, ditembak peluru tembus mengoyakkan setiap organ, letusan bom tiada henti sepertinya kematian mereka dirai oleh alunan orkestra. Ujian kita? Individualiti. Aku aku, dan kau kau lah. Aku mati kubur akulah. Kubur kau kau fikir sendiri.

Jadi, walaupun kita ni berbeza sudut pandangan. Bebeza tempat tinggal, darjat, nama, ketebalan wallet & purse ataupun tudung berlainan cara lilitan. Tidak sama warna rambut ataupun jenama handphone mahupun berbeza parti pilihan atau pasukan bola kegemaran. Sikap individualiti ini, hapuskanlah. Walaupun berbeza agama, berkenal-kenal lah. Ambil tahulah kebajikan orang sekeliling kita. Sebab, in the end of the story, that is how human should be. Sedangkan haiwan berlainan jenis pun boleh saling berkasihan. Inikan lagi manusia. :)


 


*peringatan untuk semua dan lebih kepada diri sendiri. 

5 Dec 2012

manusia telanjang




Aku melihat manusia telanjang
Terkinja-kinja
Terbahak-bahak
Terkekek-kekek
Gembira 
Benar gembira


Aku melihat manusia telanjang
Terjatuh-jatuh
Teresak-esak
Tersedu-sedu
Sakit 
Benar sakit


Lalu manusia telanjang
Lari 
Lari cari air
Buat suci tubuh
Buat suci hati


Lalu manusia telanjang
Sarung 
Sarung baju labuh
Tutup tubuh badan
Tutup basah dosa


Kulihat manusia telanjang berpakaian
Bersujud atas tanah rata
Meminta-minta
Menangis-menangis
Air mata di pipi sengaja tidak diseka
Biar nampak ikhlasnya
Biar nampak tulusnya


“Duhai Pencipta cinta!”
“Cintaku pada-Mu ibarat angin malam yang bertiup sayup membawa irama indah meski tak terlihat dek mata tapi meresap hingga tertutup liang roma”

“Kala angin mengundur diri bersama malam berlalu pergi aku ibarat bunga matahari yang kembang tanda cinta pada matahari. Begitu cintaku pada-Mu”
Lantang luahan hati bicara rasa manusia telanjang berpakaian

“Maka perkenankan doaku, Tuhanku”
Sambungnya


Sesaat
Hilang sakit hilang lukanya
Hilang kudis hilang parutnya


“Oh syukurlah! Terima kasih Yang Menyembuhkan. Terima kasih!”

Sesaat lagi
Manusia telanjang berpakaian sudah tidak berpakaian lagi telanjang kembali


Aku melihat manusia telanjang
Terkinja-kinja
Terbahak-bahak
Terkekek-kekek
Gembira
Benar gembira


fs
kk10/um/0733/05122012 

Pertama : Mari mengISLAH diri wahai Ummat!


Kebanyakan kita pada hari ini seperti yg disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW :

“satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”

sahabat-sahabat bertanya:

“apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“tidak, bahkan kamu ramai..tetapi hanya seperti buih di lautan”

seperti buih di lautan..seperti buih di lautan..seperti buih di lautan..berbeza dgn saudara2 kita disana,betapa beruntungnya kita kerana masih ada saudara2 kita disana yg mempertahankan Islam.. Rasulullah SAW bersabda:

“akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian”

sahabat-sahabat bertanya:

“wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”

Rasulullah SAW menjawab:

“di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis”..sebenarnya apa yg terjadi di Palestin hari ini, adalah teguran Allah SWT kepada ummat Islam hari ini..bukan kepada Palestin semata-mata..tetapi kepada mereka yg mengaku bertuhankan Allah dan mengakui Muhammad utusan Allah..hanya apabila yg ditegur itu tersedar dan menerima teguran, hanya ketika itu teguran ini akan diangkat dan diselesaikan urusannya.. 
 mereka berjuang bukan hanya utk membebaskan sebidang tanah

 hal Palestin, bukan hal mereka sahaja..Palestin, bukan tanah mereka semata-mata..Palestin, adalah masalah ummah..ini isu ummah..ini isu serius..tidak boleh dibuat main2..ini tanah suci ketiga ummah..dan walaupun ini tarafnya tanah suci, ummah kita tetap membuta mata dengan situasinya yg ternoda. ini, menandakan ummah kita ada masalah..kalau ummah tidak TERISLAH, maka jika Palestin berjaya dibebaskan juga, kejayaan saudara kita di Palestin itu nanti akan menjadi sia-sia..

bayangkan, jika mereka, saudara2 kita di Palestin akhirnya berjaya merampas kembali Palestin dari Israel suatu hari nanti, kemudian? adakah itu sudah cukup? adakah itu menunjukkan telah berakhir segala perjuangan di muka bumi? tidakkah anda melihat betapa seluruh musuh-musuh Allah di pelusuk dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah Palestin jika perkara itu terjadi dan pastinya akan terjadi suatu hari nanti? ketika itu bagaimana? kalau Palestin berjaya, maka pastinya ini akan menggemparkan dunia..negara-negara besar seperti Amerika Syarikat tidak akan berdiam diri dan menunggu lama..pastinya, semua kekuatan akan ditumpukan kepada Palestin..anda nampak sekarang? kalau ummah kita seperti hari ini, masih lagi nafsi-nafsi (masing2 buat hal masing2), bergaduhan, tidak bersatu, bacul, pengecut, kuali, tidak mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yg akan bersama dengan Palestin ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk menghapuskan Palestin dari muka bumi ini keseluruhannya?

TIADA..akhirnya, semua perjuangan, pengorbanan sebelum ini akan menjadi sia-sia sahaja..


adakah anda nak mengharapkan ummah kita yg tidak menjalankan perintah Allah?

Tidak..Mustahil..
  adakah anda hendak mengharapkan ummah kita yg mengingkari Allah?”

Lagi mustahil..

adakah anda hendak mengharapkan bantuan mereka yg tidak mengambil Islam sebagai cara hidup?

Tidak..sama sekali tidak..kalau Islam tidak diambil sebagai cara hidup, bagaimana hendak mengorbankan diri dalam membantu agama Allah?

 ketahuilah, ummat kita sedang terkena penyakit2 cinta dunia ini..mustahil mereka ini, akan membantu Palestin melainkan mereka ini TERiSLAH kepada yg benar semula.. “Wahn?” Wahn adalah perkataan yg membawa maksud cinta dunia dan takut mati..Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn apabila berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.. 
 di sinilah ujiannya..hendak membebaskan Palestin, perlu amal jama’ie..amal Jama’ie, x semestinya buat satu kerja sama-sama..tapi kita buat banyak kerja, untuk capai satu matlamat yg sama..amal jama’ie tidaklah bermakna mereka di sana berperang, kita pun kena perang jugek..amal Jama’ie di sini yg diperlukan adalah, mereka berusaha bertahan, dan masyarakat di luar seperti kita berusaha mengislah diri sendiri..sebab tanpa kesedaran dan pengislahan ummah, maka Palestin ini tetap tidak akan terbebas sampai bila-bila..Jihad mereka di Palestin bukan jihad semata-mata merampas semula satu kawasan yg dijajah..Jihad mereka adalah bertahan, sambil terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti kita, ummah di luar dari Palestin bergerak mengISLAH diri, dan akhirnya barulah BERSATU dan membebaskan tanah mulia ini..amal Jama’ie.. 
moga Allah mencampakkan hidayah kepada semua yang berada di luar sana..

mereka akan terus bertahan, menanti kebangkitan saudara-saudara mereka di luar sana utk sedar dan bergabung perjuangan dengan mereka nanti..bila tiba saatnya, mereka akan memenangi peperangan ini, seterusnya disokong seluruh saudara seiSlam di luar sana..kita semua~ wahai ummah, mereka memanggil-manggil anda..peringatan bersama..peringatan buat anda dan pastinya peringatan buat diri sendiri.. 




4 Dec 2012

Nafsu si sotong kangkung.

Ramadhan 2012.

Kami ke bazaar Ramadhan di IP dengan perasaan gumbira. Niat aku hari tu cuma satu. Sotong Kangkung. Lama sudah mengidam. Paling kaw kalau sotong kangkung di Papar. Dia punya kacang, dia punya kuah, dia punya sotong, dia punya fish balls, meat balls, isi ketam dia, kangkung diaaa. Uh!!! The best! Boleh buat diri ini craving lagi lalu membeli semula di pasar malam pada hujung minggu seterusnya.

Pusing punya pusing, jumpa! Pilih la segala. Macam biasa, ambik raga kecil tu, then ambik sotong dalam 3 potong, fish balls, isi ketam tu, itu, ini, siap! Makcik tu tanya, "Mau kangkung?" Aku dongak sikit tengok papan tanda kecil gerai dorang. Terang-terangan di sana bertulis SOTONG KANGKUNG. Aku kira kangkung itu ialah syarat yang terpenting dalam sotong kangkung. tanpa sotong, siapalah kangkung. tanpa kangkung, siapalah sotong dan tanpa kedua-dua nya di manalah makcik ini yang sedang memakai tudung hitam dan baju kurung merah berbunga biru???

Aku angguk.

Sementara menunggu makcik tuangkan kuah pekat yang entah apakah rasanya nanti, kami melilau (baca : berjalan tanpa arah yang pasti, di atas jalan yang benar dan bertar) mencari juadah lain. Aku pujuk=pujuk diri supaya jangan beli juadah lain lagi sebab aku kalau sudah start beli juadah yang tiada dalam senarai, sumpahan akan bermula. Aku akan mula beli juadah macam-macam yang entah siapa akan makan nanti. eh eh, ada double bond pulak di situ. 

Lepas tamat lilauan, kami kembali ke gerai tu. Muka berseri habis. Bayar dalam berbelas ringgit kalau tidak silap. wah wah. Bukan main mengidam. Ni belum lagi mengidam yang bakal beranak betul. Dengan hati berbunga, kami balik ke rumah sewa yang terletak di hadapan pagar UiTM dan berdekatan dengan rumah yang ada bangsal buruk dan ada pokok mangga di mana selalu kami terdengar bunyi tangisan yang sungguh mendirikan rumahtangga bulu di badan. Tapi belum sempat masuk ke halaman rumah, kami sempat lagi bernafsu untuk berpoya-poya di dalam Kg.Lokub demi mencari di manakah sumber azan itu muncul setiap kali 5 waktu masuk? Perjalanan bermula dan kami rasa macam "dalam jalan-jalan Kg.Lokub" pula.

Lama jugaklah kami memuaskan nafsu tu. Dalam setengah jam selepas balik dari bazaar baru kami balik ke rumah. Dan bila sudah hampir tamat sesi angkat mengangkat plastik juadah dibeli dari bazaar, barulah kami sedar bahawa sotong kangkung yang merupakan juadah paling mahal dan dijamin sedap hari tu, tiada. 

Aku dan Mar terpaksa ke gerai tu semula untuk ambil. Perjalanan yang seharusnya singkat, akhirnya menjadi umpama jurni yang sangat panjang, dan akhirnya berjaya menjadikan satu bar minyak kosong. Tapi demi sotong kangkung, semua itu harus ditempuhi dengan tabah. Dan Mar cuma tersenyum dan minta maaf bila kakak yakni anak perempuan makcik tudung hitam baju merah bunga biru tu kata, "jauh kakak cari kamu sampai ke Giant kakak pusing." Harus tahu bahawa sucinya hati seperti itu pada hari ini sukar dicari lagi. Giant jauh. Serius. Lagi-lagi jaman Ramadham macam tu.

Meskipun penat, tapi itu tiada masalah. Puasa bukan alasan penat. Dan sotong kangkung adalah penguat semangat hari tu. Tiadalah sabar akan lidah ini menjamah kuah pekat yang enak, sang gigi meratah sotong yang lazat diselangi bebola ikan dan yang lain. Ah! Pati nikmat penyungkaian (baca : buka puasa) hari itu! Segala pengorbanan akan terbalas dengan keenakan sotong kangkung!

Azan Maghrib berkumandang.

Dan aku cuma ambil 3 suapan sotong kangkung hari itu. Tiada lagi suapan seterusnya. Sampai bila-bila. Saat itu juga, aku rindu sotong kangkung pasar malam Papar. 

Apapun, makcik tudung hitam baju merah bunga biru bertuah sebab sotong kangkungnya menjadikan dia femes di dalam lipatan ingatan aku, selamanya, sepertimana rasa sotong kangkungnya menghancurkan penyungkaian aku. Tapi aku tidak salahkan sotong kangkung sepenuhnya. Aku salahkan nafsu.

Kalau bukan kerana nafsu menggatal dan bergelora, tiadalah aku merasakan sotong kangkung yang kuahnya setawar air suam hari itu.

Katakan tidak kepada nafsu. Yang bergelora. Terutama di bulan Ramadhan.



Pages

About