30 Sept 2012

Hidup Ini Medan Peperangan

Aku bukan askar, aku rasa kau juga bukan askar.

Hidup ini sebenarnya ibarat sebuah medan peperangan (dan banyak macam lagi analogi klise yang kau boleh berikan sebenarnya). Namun, untuk entri kali ini, aku nak cakap pasal medan peperangan.


Baik, kita teruskan analogi kita. Tapi, medan peperangan kita bukanlah ala Amerika yang duduk goyang kaki tekan punat peluru berpandu dan kemudiannya hancur sebuah daerah, bukan.


Analogi kita medan peperangan beretika gaya Islam dan gaya budak baik.


Dalam medan peperangan, ada tiga perkara/pihak yang terlibat. Sebuah medan (hutan contohnya), satu pihak kawan, dan satu lagi pihak lawan.


Sekarang, engkau rasa kalau kita buat analogi dengan kehidupan, daripada ketiga-tiga perkara tersebut, yang mana satu adalah diri kau? Medan kah? Pihak kawan kah? Pihak lawan kah?


Sebenarnya, ketiga-tiga adalah diri kau sendiri. Kau berperang bersama-sama diri sendiri, berperang menentang diri sendiri, berperang di atas medan diri sendiri.


Begitulah kehidupan.


Kau, dan segala kebolehan dan kekuatan kau adalah pihak kawan yang menjadi protagonis ala hero malaya.


Kau, dan segala keburukan dan kelemahan kau adalah pihak lawan yang menjadi antagonis ala Voldemort.


Kau, diri yang bersifat total dan hakiki pula adalah medan peperangan.


Maka, dalam peperangan ini protagonis perlu menang tanpa merosakkan medan peperangan tersebut. Kekuatan perlu kau seru semoga segala antagonis hancur luluh. Kau nampak analogi yang pseudo-falsafah ni?


Macam aku cakap, kehidupan ini ibarat medan peperangan.


Kau hanya ada Allah yang boleh membantu segala usaha, kau perlu yakin, dan tawakkal. Maka, engkau akan menang, dengan izin-Nya.


-- atas lantai, tepi katil. UKM.

26 Sept 2012

Transit Hidup.. :)

The happiness of being a kid:
Punyalah gembira hujung minggu dapat tengok Dragon Ball hari ahad jam 9.30 pagi. Malam tengok Power Rangers and silih berganti dengan Sailormoon, Card Captor Sakura, Sun Wukong and macam2 lagi. Bila siang pergi sekolah time rehat wajib ada main getah, rebut tiang and kadang pandai advance main kawin2. Petang main bola, kejar mengejar, and kadang main kawin2 lagi hahaha. Lepas malam balik mengaji confirm lumba lari. Sebab takut hantu atas pokok getah kejar. And time ni rutin, mandi-main-makan-tidur.  Whatever it is, time ni seronoknya dunia.

The transition journey before being a teenager:
Ada yang sudah pandai kenal cinta time ni. Biasanya memang cinta monyet lah semuanya. Masih mengamalkan perutusan surat yang memang penuh kata-kata “janji gumbira bersama”. Puisi2 memang xboleh lupa. Tulisan tangan berangkai lagi and kasi wangi surat guna bedak Johnson baby pun ada. Si gadis pandai sudah melawa. Jejaka datang kelas besikat rapi, baju tuck-in and smart2 belaka. Rambut sikat ombak jambul d depan, belah tengah la ikal di hujung, belah tepi ala tsunami, Mohawk, ala Beckham and Ronaldo pun nda dilupa. Tapi lepas rehat nah tudung senget, rambut entah macam mana, baju comot and ada yang sampai kesan tapak kasut d dada. Sebab 20 minit pun sempat main kejar-kejar polis entri, main tapuk-tapuk ( sembunyi-sembunyi), lompat-lompat lubang tikus, and main ibu ayam sudah pasti.

Teenager :
Proses kenal diri bina identiti. Cabaran besar ni. Sebab jarang lah suda main-main getah, rebut tiang and osom naik turun tangga. Ting-ting pun kurang diamalkan. Yang ada biasanya permainan dengan kawan-kawan Cuma bingo time cikgu mengajar, saidina, chess atau sahiba. Ok Millionaire pun termasuk lah. Dota? Iyalah. GTA? Ok3 senarailah semua. CS, Diner Dash, Blackshot, Red Alert, Ragnarok, Harvest Moon, Maple Story. Bahh. Cukuplah.  Lepas tu gossip and bercerita xsudah2. Benda nonsense jangan cakap lah. Tuntasnya (cheh) dunia ni lebih kepada dunia berkawan2. Tapi, maybe sebab nda sudah main2 macam dulu la time ni juga ramai yang tumbang, salah cari identiti, salah jumpa kawan and maybe salah diri sendiri? Sebab rasa dunia ni bukan lagi permainan, ada yang berlagak matang and memang ada yang matang. Tapi kalau time ni main kawin-kawin, susah juga nanti ada yang tertangkap feeling la kan.

Dunia masuk Universiti :
Terbuka mata tengok dunia. Punyalah luas, punyalah hebat. Time ni bolehla sudah guna kebebasan diri. Time ni sambil belajar sambil timba pengalaman. Pengalaman termasuklah macam mana mau deal bila disaman guard, tertinggal bas, assignment macam bukit, semua lecturer buat test time hari yang sama,  carrymark hampeh, lecturer PMS, tersalah beli tiket wayang, kereta rosak, duit ptptn/biasiswa habis, atm kehabisan duit, gaduh dengan kawan, or even cinta monyet yang datang kembali. Belum lagi kalau ada yang HOMESICK. But here, you’ve got the chance to explore more knowledge and get to know more friends. Get the life that you’ve wanted. Here it is.!


That life happens to me. Yes, I am a normal, and have a normal life. Just like you. I am like everyone else in Malaysia I am happy with my life. No concern and no worries. Erti kata lain, I am on the top of the world. But, there is still time when I felt down, I do not know what to do, where to go or what to say. And although I felt so damn happy, I still have that empty hole inside of me. I started to wonder the reason I am alive. The purpose of me being born. Ndakan untuk tengok One Piece jak? And ndakanlah untuk lulus university jak.  Lepas da konvo universiti, kerja, bahagiakan ibu bapa, kawin, dapat anak, pastu jadi tua and mati. Sedihnya ending. That is all because of the empty hole with a big question mark. Gembira pun masih kosongg.. Sedih pun kosong.. Hmm.. Najwa Latif lah ni yang bersalah. Eh?.Kalau da rasa kosong apalah pengisinya. Kalau suda tau ada masalah apala solusinya kan? So, let’s get back to the beginning sebelum makin melalut. Mau solusi? Ambil kertas ambil pen. Ok mari  kita bermula dari bawah. The purpose of life. The roots of all of us.

Who created you? In my beliefs its Allah. Yes3, I am a Muslim. Tersenyum sumbing but still yakin berkata YAAAAA dengan bangga gumbira…!!!!  Syahadah (mengakui Tuhan itu satu iaitu Allah s.w.t, dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh-Nya)..?? Angguk3. passed. With flying colour lagi. Aurat? Tutup semua, yes3. Ketat? Not really. So kira lulus cukup makan. Tapi yang ini kira underconstruction. Sebab baru belajar pakai stokin untuk tutup aurat kaki and handsocks untuk tutup lengan. Tudung baru cuba dilabuhkan sikit demi sikit. Then3? Solat (sembahyang)? Ustaz once said, solat ni cara dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Salah satu cara berkomunikasi dengan Allah. Tempat kita mengadu. Tempat meluah. Meminta and memohon semuanya. Gulp.! Checkmate bah.

No wonder, masalah komunikasi rupanya. Simkad sudah lama ada (islam), Buku manual pun suda lama wujud (Quran & Sunnah), password pun suda passed (syahadah). Line provided 24/7 (Masa dekatkan diri dengan Allah). Rupanya diri sendiri yang belum penuhkan syarat minima 5 panggilan setiap sehari (Solat). FREE CALL pula tu. Buat juga sebenarnya tapi kadang subuh SYAHID pula. Asar solat berkejar-kejar, Isya’ Ya Rabbi, TERTIDUR. Hehe. Malu pula menunggu bonus tapi calling dengan Allah pun tidak. Ottoke?(How lah?). So diagnosisnya, I stopped at Rukun Islam Kedua.

Hmm. That’s the cause of emptiness in me. Is it? Yes it is. Me being a Muslim without even practicing it completely. I know but I ignore (I did it more than a thousand time over my whole life). I know what my religion ask me to do and I am afraid of the jurisdiction of God when the world ended but later still I will forget. ( I admit this. Can’t deny the truth “Melayu Mudah Lupa”.)

But I want to change (Sincerely)
So here I am, sharing and will keep sharing the journey of me. However, still going to watch Dragon Ball and One Piece indeed. No worries. Play Cs on weekends and maybe beloved Fieldrunner kalau nda lag. Hangout dengan kawan  tengok wayang and KboX maybe. Hey I am still me. But out of all, I still want to come out as a better me. InsyaALLAH.

21 Sept 2012

kekunci kekunci


aku kunci cintamu dalam hatiku.

cewah.
berbunga-bunga-bunga ayat.

dalam hati ada tamankah?

bila cakap pasal kunci.
terbayang kunci bilik.
kunci bilik yang sangat berharga.
sebab tanpa kunci itu.
adalah mustahil untuk kau masuk bilik.
dan melemparkan badan ke katil.
lega.
setelah kelas yang meletihkan.
sejak awal pagi.

macham kunci bilik.
hidup juga ada kunci.

kalau kau masih ingat silibus pendidikan islam menengah rendah.
ada satu bab.
dalam bab tuh ada tajuk.
dunia jambatan akhirat.

maka maksudnya.
dunia ini tak lebih daripada satu perjalanan.
bukan satu destinasi.

maka dalam perjalanan hidup itu.
yang akan kau temui dalam jumlah yang banyak.
ialah pintu-pintu dan pintu.

tapi kau tak tahu.
di sebalik pintu itu ada apa.
adakah ianya seperti pintu sesuka hati doraemon yang membolehkan kau pergi ke tempat yang kau sangat pengen untuk pergi?
atau adakah ianya seperti pintu jamban yang penuh dengan contengan?

entah.
aku pun tak tahu.

tapi yang pasti.
kau kau dan kau dan mereka dan aku dan dia dan semua yang namanya manusia bukan Tuhan bukan malaikat.
tidak tahu ke mana pintu itu akan membawa kau.

yang pasti.
ada pintu yang akan buat kau jatuh ke lohong hitam.
ada pintu yang akan bawa kau ke dunia asing yang penuh noda dan dosa.
ada pintu yang menukar kau jadi binatang buas yang rakus.

tapi ada juga pintu yang buat kau dari liar jadi jinak.
dari jahil kepada mengenal Tuhan.
dari jalan gelap ke jalan terang.

asal sahaja kau tahu.
untuk membuka pintu itu.
perlu ada kuncinya.

kunci itu terhasil sendiri.
bergantung kepada hati kau.
kepada azam kau.
kepada niat kau.

kalau memang kau mahu nikmat dunia.
jangan salahkan siapa-siapa kalau kunci di tangan kau cuma boleh buka pintu lohong hitam.

kalau memang kau mahu nikmat yang kekal selamanya.
maka bersedialah untuk berperang dengan nafsu yang sementara.

oh ya.
jangan tanya aku.
kunci itu bentuknya seperti apa.
mungkinkah seperti kunci dalam cerita harry potter episod pertama?
mungkinkah seperti kunci loker kau di sekolah menengah yang boleh buka semua loker pelajar yang ada di sekolah itu?

entah.

sedang kunci di tangan aku sendiri aku masih tak pasti.
akan membuka pintu yang mana.

-manusia fs-

Pages

About