21 Sept 2012

kekunci kekunci


aku kunci cintamu dalam hatiku.

cewah.
berbunga-bunga-bunga ayat.

dalam hati ada tamankah?

bila cakap pasal kunci.
terbayang kunci bilik.
kunci bilik yang sangat berharga.
sebab tanpa kunci itu.
adalah mustahil untuk kau masuk bilik.
dan melemparkan badan ke katil.
lega.
setelah kelas yang meletihkan.
sejak awal pagi.

macham kunci bilik.
hidup juga ada kunci.

kalau kau masih ingat silibus pendidikan islam menengah rendah.
ada satu bab.
dalam bab tuh ada tajuk.
dunia jambatan akhirat.

maka maksudnya.
dunia ini tak lebih daripada satu perjalanan.
bukan satu destinasi.

maka dalam perjalanan hidup itu.
yang akan kau temui dalam jumlah yang banyak.
ialah pintu-pintu dan pintu.

tapi kau tak tahu.
di sebalik pintu itu ada apa.
adakah ianya seperti pintu sesuka hati doraemon yang membolehkan kau pergi ke tempat yang kau sangat pengen untuk pergi?
atau adakah ianya seperti pintu jamban yang penuh dengan contengan?

entah.
aku pun tak tahu.

tapi yang pasti.
kau kau dan kau dan mereka dan aku dan dia dan semua yang namanya manusia bukan Tuhan bukan malaikat.
tidak tahu ke mana pintu itu akan membawa kau.

yang pasti.
ada pintu yang akan buat kau jatuh ke lohong hitam.
ada pintu yang akan bawa kau ke dunia asing yang penuh noda dan dosa.
ada pintu yang menukar kau jadi binatang buas yang rakus.

tapi ada juga pintu yang buat kau dari liar jadi jinak.
dari jahil kepada mengenal Tuhan.
dari jalan gelap ke jalan terang.

asal sahaja kau tahu.
untuk membuka pintu itu.
perlu ada kuncinya.

kunci itu terhasil sendiri.
bergantung kepada hati kau.
kepada azam kau.
kepada niat kau.

kalau memang kau mahu nikmat dunia.
jangan salahkan siapa-siapa kalau kunci di tangan kau cuma boleh buka pintu lohong hitam.

kalau memang kau mahu nikmat yang kekal selamanya.
maka bersedialah untuk berperang dengan nafsu yang sementara.

oh ya.
jangan tanya aku.
kunci itu bentuknya seperti apa.
mungkinkah seperti kunci dalam cerita harry potter episod pertama?
mungkinkah seperti kunci loker kau di sekolah menengah yang boleh buka semua loker pelajar yang ada di sekolah itu?

entah.

sedang kunci di tangan aku sendiri aku masih tak pasti.
akan membuka pintu yang mana.

-manusia fs-

No comments:

Pages

About