15 Nov 2012

Isu Hangat: Kahwin

Kahwin. 

Perkataan yang simple

Definisinya ada banyak. Berbagai macam dan jenis. Takrifannya bergantung mengikut masyarakat, budaya, agama, dan pelbagai aspek lagi. Asasnya, kahwin itu adalah suatu proses mengikat perjanjian antara seorang lelaki dan seorang perempuan untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat, no matter what happen to them.

Gambar pinjam dari Google
Sebenarnya, bukanlah maksud kahwin itu yang ingin dijadikan topik. Tapi yang menjadi tumpuan dalam post ini adalah manusia-manusia yang selalu mengungkit perkataan ‘kahwin’ itu. 

Adalah normal untuk seorang manusia dalam lingungan usia 20 hingga 25 tahun memikirkan tentang kahwin. Ia merupakan salah satu perkara utama dalam hidup. Kerana semua manusia mempunyai fitrah ingin dikasih dan mengasihi. Tuhan sendiri ciptakan manusia menjadi lelaki dan perempuan supaya keduanya dapat saling berpasangan. Di sini pentingnya kahwin, supaya hubungan yang terjalin itu suci dan berharga. 

Tapi...

Ada sesuatu yang penulis ingin sampaikan. 
STOP DREAMING AND STAND ON REALITY. PLEASE. 

Bila seseorang itu sepanjang masa berfikir tentang kahwin, itu adalah tidak normal. Pagi fikir kahwin, malam fikir kahwin. Semalam fikir kahwin, esok lusa pun fikir kahwin juga. Seolah-olah di dalam minda mereka, kahwin itu adalah misi hidup yang paling utama. 

Senang saja untuk mengesan orang sedemikian. Bila dalam perbualan sehariannya, antara topik yang selalu keluar adalah topik kahwin. Sikit-sikit Aku nak kahwin dengan orang macam dia. Dalam Facebook pun macam tu juga, sikit-sikit share Sweetnye diorang muda-muda dah kahwin.

Tanya diri sendiri, adakah kita sudah betul-betul bersedia untuk berkahwin? Atau sekadar berangan-angan di lautan awan? 

Kebiasaan bagi orang yang semakin menghampiri pengakhiran zaman bujangnya, mereka akan menyediakan persiapan bagi menyambut kedatangan seorang insan baru dalam hidup. Antaranya, menyediakan kewangan yang stabil dan juga menyiapkan diri dengan ilmu agama.

Tapi kita ini? Indah angan dari realiti. Duit masih dibiaya oleh ibubapa, pinjaman ataupun biasiswa tapi sudah gatal mengimpikan kehidupan bahagia sang suami isteri. Ingat, kahwin itu bukan benda senang. Besar kosnya. Ya benar, majlis perkahwinan itu harus murah dan mudah. Tapi itu belum termasuk lagi kos selepas kahwin. Boleh jadi botak suami dan isteri bila sudah menyedari hakikat yang mereka sebenarnya agak tidak berduit. 

Belum masuk part ilmu agama lagi. Sebelum kahwin, semua nampak indah. Yang lelaki sanggup pakai kopiah, yang perempuan sentiasa berlembut suara. Tapi bila sudah berkahwin, mulalah keluar segala ‘wajah di sebalik topeng’. Sebabnya? Mereka berkahwin ketika mereka belum bersedia. Di mana segala kebaikan itu bukan dilakukan atas keinginan diri sendiri, tapi disebabkan ingin mengambil hati pihak yang satu lagi. In another word, tidak ikhlas.

Gambar pinjam dari Google
Itulah sebabnya, penting untuk berhenti bermimpi. Kalau kita tetap stick to our own fantasy world, sampai bila-bila pun persediaan tidak dapat bermula. 

Orang lain sedang berusaha buat yang terbaik dalam study mereka supaya kerja nanti dapat yang terbaik. Kita pula masih lagi duduk bersenang lenang membayangkan diri mendapat kerja yang baik dan kononnya hidup gembira dengan rezeki hasil pekerjaan. 

Orang lain mencari ilmu agama sebanyak mungkin untuk bekalan masa depan. Dan kita pula masih tersenyum seorang diri membayangkan betapa sweetnya dapat pasangan yang selalu ajak solat fardu berjemaah. 

Kalau begitulah diri kita, asyik berfantasi tanpa henti, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat kahwin. Sebab berfantasi menyebabkan kita terhenti daripada usaha mempersiapkan diri.

Maka sekali lagi, pesanan dari penulis, cukuplah. Cukup sudah. Misi utama kita sekarang ini bukanlah berfikir tentang kahwin, tapi persediaan itu yang perlu diutamakan. Kena ingat, persediaan yang baik mengambil masa yang lama. Kita perlukan masa yang banyak untuk membiasakan diri dengan sesuatu pembaharuan. Betapa cepat kita berkahwin, bergantung pada betapa cepat kita bersedia sebaik mungkin. Kalau lambat bersedia, lambatlah juga kahwinnya.

Oleh itu, jangan sia-siakan masa yang ada ini dengan asyik berfikir kahwin, kahwin dan kahwin. Otak manusia tidak dapat melakukan dua kerja pada satu masa. Instead of gunakan masa itu dengan berfikir tentang kahwin, lebih baik kita tumpukan pada persediaan dan self-improvement. 

Akhir kata, setiap kali mula timbul perkataan kahwin itu di dalam fikiran sebelum waktunya yang sesuai, sila ingat pepatah ini: Orang dungu bekerja di dalam mimpi, orang bijak bekerja untuk merealisasikan mimpi mereka.

Selamat menjadi bijak!

1 comment:

aNiseYuki said...

Terima kasih Burungman!

Anise pun ade pendapat yang sama cuma tak pandai nak nyatakan. Thankyou :)

Pages

About