11 Nov 2012

Pertama Tapi Terakhir..

Yang pertama mengazankanku, melindungiku, dan mengajarku Alif Ba Ta adalah Ayahku.. 
Alhamdulillah..
Yang pertama menciumku, menyusukanku dan mengasuhku adalah Ibuku.. 
Alhamdulillah..
Yang pertama membawaku bermain, memanggilku adik dan mengajakku mengaji adalah Abangku.. 
Alhamdulillah..

Dan aku adalah yang pertama dan terakhir mereka. Anak perempuan pertama dan terakhir. Adik perempuan pertama dan terakhir. Manisnya gambaran yang Allah lakarkan buat keluarga kecilku. Bersyukur kerana saat pertama kali mata terbuka, semuanya cukup tanpa ada kurang walau sedikitpun. 

Kini aku membesar dan terus membesar. Aku sentiasa menapak kehadapan hingga terlupa insan-insan ini juga semakin meniti usia. Bumi yang kupijak ini tidak wujud seandainya tiada insan-insan pertama dalam hidupku ini..Kecilnya aku diantara mereka bertiga. Terlalu banyak yang mereka korbankan. Pertama kali yang mereka berikan padaku selalunya indah namun bagaimana pula yang pertama kali aku berikan?

Setengah jam memikirkan perkara pertama yang manis dan baik pernah kuberikan namun seringkali terkubur kerana mereka telah memberikan yang lebih baik. Namun kurang seminit memikirkan perkara ini buat pertama kalinya aku tersentap? Bagaimana:

Pertama kali aku melawan kata mereka?
Pertama kali aku meninggikan suara.?
Pertama kali aku menipu?
Pertama kali aku menderhaka?

Tertampar dengan setiap persoalan bukan? Ya, sememangnya pipiku sudah pijar merah disini. Tertampar dengan soalan yang membuatku terfaktab bila disoal satu demi satu. 

Namun yang penting disini bukanlah bila pertama kali persoalan diatas aku lakukan. tetapi bilakah hari terakhirnya? :) Aku harus mengatakan hari ini bukan? Dan aku berharap kamu juga begitu. Seandainya sudah terlajak kelakuan pertama kalinya.. Janganlah terus melajakkan diri. Insan-insan ini bukan selamanya milik kita, bukan selamanya bersama kita dan kita tidak akan tahu bila terakhir kalinya kita untuk bersama mereka. 

Jadi, Terima Kasih Allah s.w.t kerana memberikan mereka kepadaku.

Allah s.w.t itu Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. 
Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.


No comments:

Pages

About