13 Mar 2013

Hanya Kerana Sayang

Umar duduk di pangkin menunggu Abahnya pulang petang itu. Janjinya ingin solat Maghrib Amru hberjemaah bersama seperti selalu. Namun Umar tahu Abahnya bukan seperti abah orang lain yang "punch card" jam 8.00 pagi dan pulang seawal jam 5.00 petang. Ayahnya keluar selepas subuh dan hanya kembali sebelum maghrib kerana pergi mengutip besi-besi dan tin untuk dijual bagi menyara hidup mereka sekeluarga. Dengan bilangan adik beradik yang ramai, Umar sebagai anak sulung sering membantu Uminya mengurus adik-adik.

Ketika Amru baru ingin terlelap tidur, bilik ayah dijenguk dan kelihatan hanya ada Ibu. Ayah masih belum pulang. Ketika mata baru sahaja celik, Ayah kelihatan masih tidur di bilik. Wajah kepenatan dan lesu, mungkin kerana pulang lewat bertemu "client". Ayah seorang yang sibuk dan jarang berada di rumah. Walaubagaimanapun, ketika bercuti Ayah selalu membawanya ke Masjid untuk solat berjemaah disana. Tetapi sejak Ayah naik pangkat, Amru hanya ke masjid sendirian dan kadangkala menjadi imam ibu di ruAmru

Seringkali dalam hidup kita diuji dengan serba kekurangan. Tidak memiliki harta, tidak berkemampuan dari segi fizikal, kekurangan dari segi mental. Mungkin juga kurang dari segi intelektual. Dan kerana itu kita menjadi lemah tapi kadangkala ada yang masih bodoh sombong.  

Tetapi kadangkala kita juga akan diuji dengan kelebihan yang kita miliki. Kelebihan mungkin kekayaan yang tidak terhingga, tubuh gagah perkasa, seorang pemikir-pemikir ataupun ahli falsafah. Atau mungkin pelajar universiti yang ber-IQ tinggi. Disinilah kadang ada yang ujub tapi kadangkala disinilah ditemukan individu zuhud.



Hidup ini bukan soal miskin ataupun kaya. 
Hidup ni bukan soal senang atau susah. 
Hidup ini bukan soal kurang ataupun lebih

Tetapi....

Hidup ni soal ketika jatuh atau bangkitnya kita..
Adakah kita dekat dengan Maha Pencipta..
Ataupun Menjauhinya..

Tidak ditanya mengapa engkau miskin wahai Umar..
Tetapi akan ditanya.. adakah cukup solatmu, ibadahmu dan segala kewajipanmu Umar walaupun engkau miskin..
Pasti tidak ditanya bagaimanakah engkau boleh menjadi kaya Amru,
tetapi akan ditanya.. dengan hartamu itu adakah kau infakkan untuk membantu saudara seakidahmu?
Adakah cukup ibadahmu? Adakah?

Hidup ni adalah siri ujian.
Jangan tanya kenapa kita diberi ujian.
Kerana jawapannya adalah 
KERANA ALLAH S.W.T SAYANG..
Tapi bertanyalah selepas melalui siri-siri ujian Allah s.w.t adakah kita semakin dekat dengan-Nya ataupun semakin menjauhinya. Adakah kita semakin peka ataupun semakin leka. Adakah kita semakin sedar kebesaran-Nya ataupun semakin alpa. 



Tanyalah kembali pada hati. Risau-risau hati mati. 
Sapa-sapalah imanmu sesekali. Risau nanti tak tertunda mati.


No comments:

Pages

About