24 Feb 2013

Keep Calm And Follow The Sunnah


Allah SWT says:

"Say, 'If you really love Allah then follow me and Allah will love you and forgive your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.' "
(Al-Imran: 31)


And to love Allah is to love His Prophet. And to love the Prophet is to follow his sunnah.


How can we say we love him, when we don't even follow his sunnah, we don't even know what his sunnah is??




5 Acts of The Prophet SAW :


1. Wipe the effects of sleep from the face with your hands and say the supplication for waking up:

"All praise is for Allah who gave us life after death (sleep) and to Him is the resurrection."

Imaam An-Nawawee and Ibn Hajar stated that, "When the Messenger of Allah SAW woke up, he would sit up and rub away the effects of sleep from his face with his hand."

2. Entering the toilet with the left foot and leaving it with the right.


3. Using a siwaak (toothbrush)
  • For every prayer
  • Before reciting the Qur'an
  • When entering the house
  • When the smell of the mouth changes
  • When performing the wudhoo
  • After waking up

"Siwaak is a purifier for the mouth and pleasing the Lord," related by Muslim.


4. Put shoes on starting with the right foot and take them off starting with the left.

Also related by Muslim, "When you put shoes on, begin with the right and when you remove them, begin with the left. Or, wear them both, or leave them both off."

Whenever we put on our shoes or we remove them in accordance with the sunnah, with the intention of following the sunnah, we will be given a reward by Allah, inshaAllah.

C'mon! It's only putting on our shoes starting with the right and removing them starting with the left. It's not hard following his sunnah isn't it?  


5. When meeting people, do 3S.

  • Salam; Assalamu'alaikum (equal to 10 good deeds), Assalamu'alaikum warahmatullah (equal to 20 good deeds), Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (equal to 30 good deeds).
  • Smile
  • Shake hands

Imagine.. If you shake hands with someone you meet, greet them with Salam and smile at them, you would have fulfilled three of his sunnah at once!

*The Angel on your right shoulder gets busy*




Allah is the Most Bountiful. Even by the doing the simplest sunnah, there's a reward. So why choose on not doing it, why not? Let's reflect it on ourselves, shall we?


These are just five of his sunnah, there's more than a thousand. Do you know one of his biggest sunnah? It is going to usrah. And by going to usrah, we could fulfilled almost all of the sunnah above. Soooo jangan eskep-eskep. Hehe.


If you have no usrah at your place, find one. If there's no usrah at your place, start one. As how much going to usrah has changed me, I want you to feel it too. Through usrah, we find tarbiyah and through tarbiyah, we find Allah. InshaAllah.


Jom hidupkan sunnah Rasulullah! Takbir!













I bear witness that there is no deity worthy of worship except Allah and I bear witness that Muhammad SAW is His slave and His Messenger.

16 Feb 2013

Kisah Kekasih Hati Kita.


Nabi di Thaif

Pada suatu ketika, Nabi dan dua lagi sahabat baginda pergi ke Thaif untuk menyebarkan dakwah di sana. Diketahui bahawa penduduk Thaif amat ramah dan sangat memuliakan tetamu.Tetapi entah mengapa, kedatangan Nabi tidak disambut dengan baik, malah dimaki, dihina dan dicaci.

Anak-anak kecil dikumpulkan, bersama batu-batu di tangan. mereka akan melontarkan batu-batu itu ke arah Nabi dan sahabat, sehingga baginda mengalami luka-luka di badan. Diceritakan, darah yang mengalir tidak sempat kering, ada lagi darah yang baru, turut mengalir. Seluruh tubuh Nabi dibasahi dengan darah, habis merah jubah yang dipakai baginda. Sehinggakan baginda tidak dapat membuka kasut baginda kerana darah terlalu banyak dan telah terlalu kering dan melekat di kaki, menyukarkan baginda untuk menarik kasut baginda.

Jibril pun datang kepada Nabi dan tidak sanggup meilhat keadaan Nabi yang penuh dengan luka dan darah merah pekat. Ini kekasih Allah! Mana mungkin dia sanggup biarkan kekasih Tuhannya diperlakukan sedemikian. Dia berkata kepada Nabi,

"Wahai kekasih Allah, biarlah aku menimpakan bencana kepada penduduk Thaif ini. Aku akan himpit mereka dengan dua gunung, balasan atas perlakuan mereka terhadapmu ini ya Kekasih Allah."

Tetapi Nabi menggeleng, seraya berkata, "Jangan. Mereka tidak faham lagi akan risalah yang aku bawakan ini. Satu hari nanti akan ada umat Islam yang bangkit dari tanah kawasan ini mempertahankan agama Islam."


------------------------------------


Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW 


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  

"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."  

Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  

Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."  

Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  

Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  

Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  

Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."  



SEMAKIN TENAT

  Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  

Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  

Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  

Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  

Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  



MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  

Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  

Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  

Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."  

Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  

Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  

Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  

Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  

Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  

Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  

Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  






KETIKA SAKARATUL MAUT:  

Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  

Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  

Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  

Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  

Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  

Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  

Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  

Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  

Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  

Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  

Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.  

Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  

Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  

Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  



KESEDIHAN SAHABAT

Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"  

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:  

 "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  

Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:
   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   

Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  

Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."  

Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  

Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.  

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."   S

etelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.  

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)


------------------------------------


Mungkin ada antara kita yang sudah tahu tentang dua kisah ini. Malah mungkin ada yang berair-mata mendengar atau membaca kisah ini. Dan ada juga yang tahu lebih banyak kisah tentang keperibadian, tentang sayangnya Nabi dengan kita.

Tapi, sejauh mana air mata kita itu membuktikan kita sayang Nabi? dengan cara apa? Sebanyak mana Sunnah Nabi yang kita tahu? Apatahlagi diamalkan? Kalaulah Nabi lihat kita pada hari ini, rasa-rasanya, apa yang Nabi akan respon?

Nabi sayang kita.

Kita?

May Allah bless :)





Sabar Itu Umpama Sinar Matahari


Tadi ada ujian QTI. Bagi pemegang lesen memandu yang berjaya*sebak. TAHNIAH la kan. Lepas taklimat mmg gemuruh . sebenarnya gemuruh dari malam sebelumnya. rasa xyakin. Giliran tadi yg ke 8 daripada 11 orang. Cuma ada 2 kereta tadi. kereta A dan B.

Dari orang pertama sampai yang ke 6, kesemuanya yang naik kereta A gagal. Ada yg gagal di bahagian bukit dan yang lain di bahagian tiga penjuru. Bila tiba giliran yang ke 7 & 8. tiba2 kakak no 7 tu xmau naik kereta A. tergamam dan terpukau seketika.  Dalam hati meraung dan menangis.

Aku kan sepatutnya pakai kereta B tp kakak no. 7 ckp kreta tu rosak. sebenarnya dia lupa free gear.. jadi kreta tu xdapat jalan..walau apa pun.. dia dapat guna kereta B dan aku pla terpaksa ganti guna kereta A..
(hati da macam lain time tu tp tawakal itu perlu)

Walaupun kereta A tu memang susah angkara clutch menendang, keras macam batu dan gearbox yang sudah uzur sampai tahap boleh buat sup gearbox, Alhamdulillah.. bukit lepas dan parking lepas. 3 penjuru gagal sebab cikgu strict kata lebih 3 pergerakan. Sedangkan memang hampir lulus.

Tapi masih ada peluang untuk lulus di jalanraya. Jadi ambil keputusan untuk tunggu. Sudah beberapa jam menunggu mental dilibas dengan perkataan gagal. Kalau tekan break kuat gagal. Kalau berhenti terlalu dekat dengan garisan berhenti gagal. Kalau macam ni gagal. Kalau macam tu gagal. Paranoid, Affected, Gubra.. Good combination untuk gagal hari ni.. Alhamdulilah.

Kecewa, marah, frust, dan sakit hati.. semua boleh mix jadi sup..

"Tapi bersabarlah.. mungkin bukan rezeki.." tu ja frasa pengubat hati sejak pagi..

Ini baru ujian dunia ciptaan manusia.. belum ujian peraturan Allah.. 
Sedangkan Rasulullah s.a.w lagi dihujani ujian.. Sedangkan Baginda s.a.w kekasih Allah.. Namun Baginda s.a.w sabar.. 

Rasulullah s.a.w sabar sedangkan baginda dilahirkan tanpa bapa, dan kemudian kehilangan ibu dan datuk kesayangan ketika masih kecil, hidup dalam kefakiran, terpaksa menahan kelaparan, lelah, ditindas musuh..
Baginda s.a.w bersabar ketika diusir dari rumahnya, dicaci dan diherdik masyarakat Mekah, dihalau jauh dari bangsanya dan jauh dari keluarganya.

RASULULLAH MASIH TERSENYUM.. SABAR..

Rasulullah s.a.w sabar ketika kerabatnya dibunuh, para sahabat ditangkap, para pengikutnya dipulau dan diusir, kekasaran orang Badui, kesombongan Nasrani, kezaliman para pembohong dan keburukan orang munafik dan yahudi.

RASULULLAH MASIH TERSENYUM.. SABAR..

Rasulullah s.a.w sabar ketika meniti perperangan demi perperangan untuk menyebarkan Islam walaupun ditentang dari semua penjuru & kehilangan orang tersayang. Walaupun dikecam penduduk Thaif Rasulullah s.a.w sabar.. Baginda s.a.w masih sabar meniti jalan dakwah walaupun tapak kaki baginda dipenuhi duri..


Setiap kali perkataan musuhnya menggelisahkannya, beliau berdzikir :"maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka katakan..." ( QS. Thaahaa [20] : 130).


Setiap kali keadaan dan masalah yang sangat menyusahkan menimpanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam selalu berdzikir : "Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaran)." (QS. Yusuf [12]:18 ).


Setiap kali ancaman musuh datang dan membuat tidurnya tidak nyenyak, beliau berdzikir :"Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dan rasul-rasul..." (QS. al-Ahqaf [46]:35 ).


Aku malu sebab aku seharusnya belajar dari kesabaran Rasulullah saw. Baginda s.a.w mengalami lebih hebat ujian. Begitu juga para sahabat dan tabiin. Ujian yang menimpa mereka lebih hebat. 

Bilal bin Rabbah r.a dihempap dengan batu besar dan dijemur di bawah terik mentari.

Mashitah tukang sisir anak Firaun dilempar ke dalam minyak panas

Sumayyah bte Khubath ditikam oleh Abu Jahal hingga gugur syahid 

AKU? baru gagal QTI kot kan? :)

9 Feb 2013

abdan syakura



kadang dalam hidup.
kau jalan.
kau langgar batu.
kau jatuh.
kau maki batu.

kau lupa nak bersyukur.
sekurang-kurangnya jatuh itu.
peringatan Dia supaya kau lihat jalan di depanmu.
biar sentiasa peka.
biar jangan sesat.

kadang dalam hidup.
kau belajar.
kau ambil ujian.
kau gagal.
kau kecewa amat.

kau lupa nak bersyukur.
sekurang-kurangnya gagal itu.
peringatan Dia supaya kau muhasabah diri.
biar tahu kelemahan diri.
biar tahu jalan selesai.

kadang dalam hidup.
kau mandi.
kau pakai baju lawa.
minyak wangi memang wangi.
kau ke kelas.
dalam perjalanan perut kau sakit.
ada 'benda' berkeras ingin keluar.

kau lari cari jamban.
dalam hati kau maki.
kau lupa.
sekurang-kurangnya.
'benda' itu tak minta keluar masa perhimpunan.
pengetua tengah berucap.

kadang kau lihat pemandangan senja.
indah ya memang indah.

tapi tak semua yang indah itu datang mudah begitu.

sedang pelangi indah warna.
cuma timbul lepas hujan.

sedang kekupu rerama indah.
jadi daripada beluncas hodoh.

begitu juga rahmat.
ada yang datang lepas sukar.
ada yang datang lepas sakit.
ada yang datang lepas sempit.
ada yang datang lepas gagal.

tapi manusia oh manusia.
kenapa manusia kenapa.
sentiasa lupa untuk bersyukur.

sedang manusia agung terjanji syurga saja tahu.
menghargai dan bersyukur.

"afalam akuunu abdan syakura?"
"tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"
-Muhammad saw-

Tentang Perubahan.

Ada banyak benda yang sukar diubah, liat untuk diubah, dan malas untuk diubah.
benda yang kadangkala malas  diubah adalah sikap.
bila berdepan dengan kerja-kerja. malasnyaa mengemas.
Malasnya itu malasnya ini. Malas lah cakap.
Kadang ada yang malas buat benda yang baik.
Jalan pergi masjid malas, pergi majlis ilmu malas.
Tapi sekarang sudah dapat diatasi.
Sebab? itu cuma benda malas diubah.
Bukan benda yang menyebabkan kerosakan anggota badan kalau diubah.
Lagipula menurut Al-Quran "malas" tu attitude orang munafiqin.
Semua perubahan mesti ada permulaannya. Mungkin di SINI?

Motto : "Training to be a capable muslim"


Benda sukar ni pula, mungkin lebih kepada kebiasaan yang sukar diubah.
Semua keluarga berbeza, dan mungkin disebabkan kurang pendedahan agama ada benda yang kurang difahami,
Contohnya aurat. Dari kecil terbiasa, asal saudara boleh xpakai tudung & xjaga ikhtilat
Abang saudara blh salam, pakcik, boleh xpakai tudung buka aurat.
Sebab terbiasa dari kecil smpailah baligh.
Kebiasaan sukar diubah. Xjaga aurat depan keluarga.
Mungkin kebanyakannya sudah tidak sedar tentang hal aurat ni. Sebab terbiasa.
Tapi kebiasaan tu cuma sukar. Bukan benda yang tidak mungkin akan berubah.
Yang penting sabar dan ikut mana yang betul.
Kenapa masih berpegang dengan kebiasaan yang bertentangan dengan tuntutan syariah?

Motto : "Training to be a firm muslim"


Tapi dalam hidup ni ada juga benda yang liat untuk diubah.
Ada yang mulakan. Kalau berterusan syukur.
Tapi kalau yang liat ni mesti terkandas terkandas.
Contohnya untuk solat 5 waktu. Tepat pada masa 5 waktu.
Bukan qada2, and bukan sambung solat asar jam 6.00 and 6.18 solat maghrib.
Liat kan? apatah lagi mo bangun subuh. Sedangkan bila dengar azan

assalatu khairum minan naum
Solat itu lebih baik daripada tidur..

Kita tau solat tu lebih baik.
And mesti ramai yang mengiyakan fakta ni.
Mungkin ada yang siap boleh hurai hujah.

Tapi macam yang dua diatas, benda liat ni bukan benda impossible.
Semuanya terletak pada diri sendiri.
kalau mencuba tapi terhenti, cuba lagi.
sebab yang Allah ukur bukan berapa kali kita gagal,
tapi berapa kali kita cuba bangkit balik demi-Nya.

Motto : "Training to be a better muslim"


-MuslimahUnderConstruction-

Pages

About